Monday, 18 April 2011

Aku sebagai Senior.

Malam yang indah lagi sejuk malam nie membuatkan aku terasa nak menaip pulak tapi tak tau nak buat apa. Hahaha. * pandang kawan aku yang tengah nyenyak tidur. Kenapa malam nie aku tak dapat nak tidur awal ek? Slalu nya time-time nie aku dah dibuai mimpi asmara dah.Malam nie macam ada sumthing je lah. Malam nie malam apa ek? *wondering~ Masih dihantui oleh bayangan  pengetua tadi. NGERI~

Oqey~ bercakap tentang pengetua,aku rasa ada betulnya apa yang dikatakan oleh beliau.Budak-budak junior sekarang dah macam tak berapa nak takut ngan kita orang yang merangkap super senior nie.Kira seken punya senior lah n next sem kita orang pulak yang jadi super duper senior. Tau apa maksudnya? Maksudnya kita orang punya tanggungjawab lebih banyak dan berat. Waaaaaaa~ memang tak boleh nak tengok kita orang senang kot. Atau betul apa yang dikatakan oleh bebudak lain yang batch kita orang nie adalah anak bawahan a.k.a bahan uji kaji beliau. Betul ka? Emm~

Kita masuk ke topic utama masa nie. Betul ke tidak bebudak junior skrang dah tak berapa nak hormat atau takut ngan senior? Korang setuju? Sepa yang setuju,sila angkat tangan macam saya. * sambil melenggang-lenggangkan tangan ke atas. Nie aku nak cerita lah serba sedikit macam mana zaman aku jadi junior kat kolej nie. Wa sangat nerd lah masa tue. Betul wa cakap lu. Tak macam skrang. Skarang aku ada rock sikit lah. Almaklum lah kan,dah senior katakan.

Hari pertama aku masuk kolej nie,aku dah diberi buku peraturan kolej warna pepel. Aku tak akan lupa masa tue. Perkara pertama yang aku cari dalam buku tue adalah mengenai penggunaan henpon. Aku kalau bab-bab henpon nie ada sensitip sikit. Boleh mati wa cakap lu kalau takde henpon. Betul tak? Sepa yang cakap tak betul tue,meh sini aku sepak sekali untuk menyedarkannya. Bagus Alhamdullilah,kolej nie tak melarang penggunaan henpon. Cuma yang tak bez ialah tak boleh nak guna henpon masa teori and masa penempatan klinikal.Macam haram kan kolej nie tak suruh bebudak bawak henpon?

Bebalik ke cerita asal. *aku nie memang suka nak mencarut. Sori~ Masa minggu orientasi dulu,tue lah aku rasa minggu dan hari yang bahagia dan terindah sepanjang aku berada di kolej nie.walaupun hakikatnya tak semua aktiviti aku ikut atas sebab kesihatan aku yang tak mengizinkan. Maybe aku tension kot time tue,so migraine aku amat memahami diri ini supaya tak selalu dibuli. Masa tue aku jadi ketua kumpulan untuk kumpulan brapa eh? Kumpulan 6 kot. Aku pun dah tak brapa nak ingat sebab masa tue aku tak berapa aktif. Macam-macam aktiviti yang kita org buat. Tidur lewat malam. 2-3 jam je tidur then nak bangun lagi sebab nak buat senaman lah jogging lah. Macam-macam aktiviti lah. Nak kena buat biodata. Bukan satu yang senior mintak. Sampai 4 keping sekali. Kalau sorang je senior yang mintak takpe lah jugak,yang nie? Sampai 4-5 orang. Dahtu kalau tak chantek,diorang reject. Time tue memang pressure lah wa cakap lu. Tak cukup dengan tue,ada kakak senior yang suka tengok kita orang buat ciken dance. Engkorang tau tak ciken dance tue macam mana? Memang kakak senior tue n d gang tak boleh tengok muka aku,Florence n Diana. Gerenti suruh kita orang buat ciken dance tak kira kat mane pun. Macam sot kan?

Masa orientasi tue kita orang dah perform group sendiri. Kira sahabat macam tue a. Mana-mana pegi,mesti kita orang sentiasa tagging sama-sama. Buat kerja pun sama. Masa tue group kita orang agak popular n tak disukai oleh kekakak senior. Entah kenapa. Macam haram kita orang ada buat dosa ngan diorang. Kalau masuk je dewan mess,mesti kita orang masuk dengan tray makanan di tangan,kepala tunduk n jalan cepat-cepat ke meja paling belakang seban tak nak duduk semeja ngan senior. Memang tak leh nak telan secebis pun kalau makan semeja ngan senior. Betul~ muka diorang bengis semacam wa cakap lu. Nak dijadikan stori,kakak senior yang nakal memang suka nak buli n tengok kita orang tak makan. Hahaha. Masuk je dewan mess masa tue,diorang terus panggil n duduk ngan diorang kat meja depan. Memang masa tue aku malu sesangat bercampur takut sebab stigma masyarakat kat kolej nie,sesapa yang disukai oleh senior,dia lah yang selalu menjadi mangsa buli. GRRRRRR~

Bebudak junior sekarang nie,jangan kan nak tunduk ngan senior,nak senyum pun susah wa cakap lu. Mungkin diorang tak cukup orientasi kot. Memang dah tak takut. Melawan cakap memang rank atas lah. Tak payah nak sebut yang lain. Memang manja nak mampus. Tak independant langsung. Sikit-sikit nak mengadu ngan penyelaras. Sikit-sikit nak bincang ngan penyelaras. Macam haram kot.

Macam mana nie kita nie?~  Boleh ka kita nie memimpin?~ Pemimpin setengah tiang lah kita nie~    ß. Kata-kata pujangga. Hahaha. 

No comments:

Post a Comment