Thursday, 28 April 2011

BMI Pelatih Sebelum Cuti.

Hari nie perhimpunan lagi. Entah apa nasib aku sentiasa je kena keja shift pm kalau ada perhimpunan. Macam haram nak dapat tidur lebih masa. Dahla tulang belakang aku bagai nak crack. Berdiri dan berjalan selama 7jam sepanjang waktu bekerja tambahan lagi waktu-waktu dysmenorrhea memang amat sodap~ . Aku dah agak-agak nak beli satu kasut roda kalau aku dah keja nanti. Senang sikit kalau aku nak begerak. Tenaga pun saved. Kalau ada emergency,memang aku orang pertama yang attend kat scene tue. Haha.

Oqey~ masa perhimpunan tadi agak banyak lah jugak perkara-perkara yang disampaikan oleh Puan Pengetua kami yang tersayang dan tercinta. Lalala~ dibawah lindungan cahaya matahari yang terik dan memancar itu,aku terus menghayati setiap bait kata-katanya dan topic yang paling aku minat ialah topic BMI tadi. Aku ingatkan aktiviti apa yang nak dibuat sebelum cuti sem bermula nanti. Mesti nak suuruh kitaorang bersukan lari dalam guni kan? Tak pun nak suruh kitaorang main ala-ala explorace. Mesti gempak kan? Haha.

Sebelum aku masuk sini berat aku lebih kurang 48kg macam tue a. Masa tue badan aku agak kecik lah. Tapi kecik lagi masa aku sekolah. Sebab tue ada sorang junior aku kat sekolah yang sama batch aku masa nie dan beliau juga merangkap bezfren aku masa nie tak kenal ngan aku masa sesi orientasi dulu. Haha. Sekarang nak tau berapa berat aku? Lebih kurang 58kg. Macam siot kan? Entah apa yang aku makan.

Ingat Diana? Beliau lah junior aku a.k.a. my besties. Hehe. Betul ke muka n badan aku dah berubah comel sampai orang tak kenal? Aku cakap tak tipu lah memang badan aku tersangat lah comel sampai sekarang pun dah terlebih comel. Nampak bulat. Haha. Orang akan recognize aku kalau dengar suara aku yang nauzubillah besar dan talkative nak mamposss~ Hehe.







Nie aku nak bagi nota sikit la. Bleh?

Body Mass Index mengikut Kamus Jururawat Edisi Kedua membawa maksud berat seseorang dalam kilogram dibahagi dengan kuasa dua tinngi orang berkenaan dalam meter yang digunakan sebagai petunjuk sama ada seseorang itu terlampau atau kurang berat berat badan.


BMI = Berat  (kg) / Tinggi (m) x Tinggi (m)

Jom kira BMI bersama. Contohnya. Jeton (bukan nama sebenar) mempunyai berat 58kg dan tinggi beliau adalah lebih kurang 152cm. Jadi :

BMI Jeton = 58kg / (1.52m x 1.52m )
                =  ± 25 .

Ini bermaksud Jeton termasuk dalam golongan pertengahan normal dan hampir overweight.





Oqeyyy~ get back to our topic now. Aku rasa lah Puan Pengetua kita orang tue mesti mendapat inspirasi dari seruan kerajaan yang  menyeru rakyat Malaysia untuk Amalkan Cara Hidup Yang Sihat. Lagipun baru-baru nie kan dah start budak-budak sekolah direkod diorang punya BMI kan? Kitaorang kat sini kan masih lagi bersekolah. Sekolah Latihan lah katakan.  Berbaloi ke buat semua nie? Kalau student Overweight or Obes,pihak pengurusan nak buat apa? Denda? Rujuk bahagian pengurusan? Wajibkan balik senaman setiap minggu yang diadakan sebelum nie? Atau nak adakan senaman setiap hari? Kalau student kurang zat makanan (KZM) macam mana pulak? Nak senaraikan diorang untuk bakul makanan? Boleh? Thanks.

Monday, 18 April 2011

Aku sebagai Senior.

Malam yang indah lagi sejuk malam nie membuatkan aku terasa nak menaip pulak tapi tak tau nak buat apa. Hahaha. * pandang kawan aku yang tengah nyenyak tidur. Kenapa malam nie aku tak dapat nak tidur awal ek? Slalu nya time-time nie aku dah dibuai mimpi asmara dah.Malam nie macam ada sumthing je lah. Malam nie malam apa ek? *wondering~ Masih dihantui oleh bayangan  pengetua tadi. NGERI~

Oqey~ bercakap tentang pengetua,aku rasa ada betulnya apa yang dikatakan oleh beliau.Budak-budak junior sekarang dah macam tak berapa nak takut ngan kita orang yang merangkap super senior nie.Kira seken punya senior lah n next sem kita orang pulak yang jadi super duper senior. Tau apa maksudnya? Maksudnya kita orang punya tanggungjawab lebih banyak dan berat. Waaaaaaa~ memang tak boleh nak tengok kita orang senang kot. Atau betul apa yang dikatakan oleh bebudak lain yang batch kita orang nie adalah anak bawahan a.k.a bahan uji kaji beliau. Betul ka? Emm~

Kita masuk ke topic utama masa nie. Betul ke tidak bebudak junior skrang dah tak berapa nak hormat atau takut ngan senior? Korang setuju? Sepa yang setuju,sila angkat tangan macam saya. * sambil melenggang-lenggangkan tangan ke atas. Nie aku nak cerita lah serba sedikit macam mana zaman aku jadi junior kat kolej nie. Wa sangat nerd lah masa tue. Betul wa cakap lu. Tak macam skrang. Skarang aku ada rock sikit lah. Almaklum lah kan,dah senior katakan.

Hari pertama aku masuk kolej nie,aku dah diberi buku peraturan kolej warna pepel. Aku tak akan lupa masa tue. Perkara pertama yang aku cari dalam buku tue adalah mengenai penggunaan henpon. Aku kalau bab-bab henpon nie ada sensitip sikit. Boleh mati wa cakap lu kalau takde henpon. Betul tak? Sepa yang cakap tak betul tue,meh sini aku sepak sekali untuk menyedarkannya. Bagus Alhamdullilah,kolej nie tak melarang penggunaan henpon. Cuma yang tak bez ialah tak boleh nak guna henpon masa teori and masa penempatan klinikal.Macam haram kan kolej nie tak suruh bebudak bawak henpon?

Bebalik ke cerita asal. *aku nie memang suka nak mencarut. Sori~ Masa minggu orientasi dulu,tue lah aku rasa minggu dan hari yang bahagia dan terindah sepanjang aku berada di kolej nie.walaupun hakikatnya tak semua aktiviti aku ikut atas sebab kesihatan aku yang tak mengizinkan. Maybe aku tension kot time tue,so migraine aku amat memahami diri ini supaya tak selalu dibuli. Masa tue aku jadi ketua kumpulan untuk kumpulan brapa eh? Kumpulan 6 kot. Aku pun dah tak brapa nak ingat sebab masa tue aku tak berapa aktif. Macam-macam aktiviti yang kita org buat. Tidur lewat malam. 2-3 jam je tidur then nak bangun lagi sebab nak buat senaman lah jogging lah. Macam-macam aktiviti lah. Nak kena buat biodata. Bukan satu yang senior mintak. Sampai 4 keping sekali. Kalau sorang je senior yang mintak takpe lah jugak,yang nie? Sampai 4-5 orang. Dahtu kalau tak chantek,diorang reject. Time tue memang pressure lah wa cakap lu. Tak cukup dengan tue,ada kakak senior yang suka tengok kita orang buat ciken dance. Engkorang tau tak ciken dance tue macam mana? Memang kakak senior tue n d gang tak boleh tengok muka aku,Florence n Diana. Gerenti suruh kita orang buat ciken dance tak kira kat mane pun. Macam sot kan?

Masa orientasi tue kita orang dah perform group sendiri. Kira sahabat macam tue a. Mana-mana pegi,mesti kita orang sentiasa tagging sama-sama. Buat kerja pun sama. Masa tue group kita orang agak popular n tak disukai oleh kekakak senior. Entah kenapa. Macam haram kita orang ada buat dosa ngan diorang. Kalau masuk je dewan mess,mesti kita orang masuk dengan tray makanan di tangan,kepala tunduk n jalan cepat-cepat ke meja paling belakang seban tak nak duduk semeja ngan senior. Memang tak leh nak telan secebis pun kalau makan semeja ngan senior. Betul~ muka diorang bengis semacam wa cakap lu. Nak dijadikan stori,kakak senior yang nakal memang suka nak buli n tengok kita orang tak makan. Hahaha. Masuk je dewan mess masa tue,diorang terus panggil n duduk ngan diorang kat meja depan. Memang masa tue aku malu sesangat bercampur takut sebab stigma masyarakat kat kolej nie,sesapa yang disukai oleh senior,dia lah yang selalu menjadi mangsa buli. GRRRRRR~

Bebudak junior sekarang nie,jangan kan nak tunduk ngan senior,nak senyum pun susah wa cakap lu. Mungkin diorang tak cukup orientasi kot. Memang dah tak takut. Melawan cakap memang rank atas lah. Tak payah nak sebut yang lain. Memang manja nak mampus. Tak independant langsung. Sikit-sikit nak mengadu ngan penyelaras. Sikit-sikit nak bincang ngan penyelaras. Macam haram kot.

Macam mana nie kita nie?~  Boleh ka kita nie memimpin?~ Pemimpin setengah tiang lah kita nie~    ß. Kata-kata pujangga. Hahaha. 

Saturday, 16 April 2011

saya suka lagu ini.

Disaat aku mencintaimu


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu

Monday, 4 April 2011

Hari bangga.

Cop. Cop. Cop. Letih kan? Malam nie tak payah tulis panjang sangat boleh? *macam haram je kan aku buat entri nie. Hehe. Oqey~ malam nie aku nak stori sikit kisah aku & yang berlaku sepanjang beberapa hari nie. Mode aku masa nie? Becampur baur. Entah apa-apa entah. =I  . Tapi aku hepi sikit lah hari nie. =)  ada 2 sebab. 1st sebab ada pertukaran jadual kerja. Hehe. Jadi tak payah la aku susah-susah bertungkus lumus bagai nak rak keja kat situ lagi. Hehe. Bez nya tempat tue sebab aku boleh kurangkan berat badan. *eh. Boleh cayak ka sik statement tok o? Lalala~  Kedua sebab aku rasa hari nie macam bez je keja. Hehe. Berat pulak rasa hati nak tinggalkan ward tue. Huhu. *apa ku asa macam sik munasabah jak reason ku hepi tok. Lalala~




<script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/happyometer/gethappy.php?js&bid=e0e487b7fbcf05e7d84baabc28523c68"></script>


Ha~ korang penah rasa bangga or puas hati tak ngan keja yang korang buat? Tak kira lah keja untuk keja or keja untuk orang or wateva lah yang berkaitan ngan keja. Ada? Sepa ada angkat tangan macam saya. ß sambil melentik liuk kan pergelangan tangan. *maafkan saya.pengaruh cerita.



Hari nie aku betul-betul rasa diri aku dah sebati ngan bidang yang aku ambik masa nie.bajet jatuh chenta lah.sort of~  =)  hari aku banyak menurunkan ilmu aku yang tak seberapa nak hebat nie ngan junior aku. Hehe. Ilmu bez n ilmu cam bez. Entah diorang pandai ke tak nak manfaatkan. Emm~ Macam bez kan? Tak lah aku bangga sangat tapi adalah sikit. Hehe. Yang aku bangga part ada satu budak E dari ward seberang pegi ward kitaorang sebab nak menjenguk kawan lah. Masa tue aku tengah buat sikit sesi tutorial ngan junior aku. Ajar cara nak feeding walaupun sebenarnya diorang belum belajar lagi. * tak salah kan kalau kita nak belajar advance sikit? =) . oqey~ back to our story. Budak tue n the gang termasuk sorang kawan aku yang tersangat hampeh perhatikan aku buat tutorial ngan bebudak junior. Habis je perkataan terakhir aku masa tue,kawan aku yang hampeh tue cakap yang budak E tue cakap yang aku nie sesuai jadi tutor. =)  masa tue aku rasa hidung aku dah macam badak sumbu kot. Nasib aku guna face mask kalau tak habis aku jadi bahan sakat kawan hampeh aku tue. Huhhh~



Aku memang minat bab-bab nak ngajar orang nie. Sebab aku rasa ilmu kita akan berkembang n kita akan lebih memahami sesuatu perkara tue kalau kita mengajar n berkongsi ilmu dengan orang. Betul tak teori aku? Tak macam sesetengah makhluk tue. Kedekut nak mampos. Ilmu pun nak kedekut? Sik juak habis bah ilmu ya mun dirik berkongsi ngan orang. Ilmu pun nak cokot. Mun bab makanan boleh kita cokot. Hehe. Kan kan kan?

Doa kan aku k nanti bila aku dah graduate n dah konfem jawatan,aku dapat jadi tutor. Hehe. Angan-angan minah jenin kan aku? Terima kasih~